
Tuesday, 22 November 2011
Why It Is Happened?
#PartThree

Aku dilahirkan sebagai penghuni bumi empunya maha esa. Selesai kuliah melihat kutub terbaring-baring sudah buat aku tersenyum riang walaupun hati meronta kesakitan berulang kali aku bertanya sendiri adakah itu menjadi salah aku, tapi dia? Tiga kejadian tapi aku masih belum dapat jawapan yang benar-benar aku mahu. Merenung dinding, kipas melayang terfikir aku wajib tamatkan semuanya disini . Aku perlukan lebih dari setahun tapi buntu. Ia masih dalam kekeliruan. Adakah itu menjadi salah aku? Bertanya sendiri lagi. Pelik. Terlalu ramai penghuni bumi disini banyak juga ragam. Diruang ini aku berdiam diri tak tahu hala tuju tapi? Bingung. Rakan-rakan masih belum dikenalpasti jauh sekali mereka bertanya keadaan aku. Sebaliknya. Aku sering memikirkan mereka. Penghuni bumi. Ya. Itu aku. Itu mereka. Tapi? Mengapa cuma terjadi kepada aku? Mengajar aku lebih matang. Mungkin. Aku mungkin belum cukup layak untuk jadi teman bualan mereka. Tapi? Adakah itu salah aku? Bertalu-talu pertanyaan itu. Andai mereka dengar rintihan hati aku berjuta kali aku bahagia namun masih tiada siapa peduli sedang mereka bergembira memperkatakan soal aku. Adakah wajah penghuni bumi ini terpancar sejuta kebencian? Aku mangsa tragedi sedang aku tidak tahu menahu. Mereka mengutuk menghina tapi? Sebaliknya. Mereka suka. Sedang aku tak berkata apa-apa. Masih aku jadi mangsa?

♥our lips must always be sealed
21:00